WAKIL AGEN UMRAH DAN ZIARAH

widgeo.net

Saturday, July 10, 2010

WAKIL AGEN UMRAH HJ. MOKHTAR BIN HJ. SALLEH

Asalamualaikum....

Hj. Mokhtar Bin Hj. Salleh telah dilantik oleh pihak De Mawardah Travel & Tours Sdn. Bhd sebagai Wakil Agen untuk program Umrah dan Ziarah syarikat berkenaan. Hj. Mokhtar telah dilahirkan pada 13.11.1938. Beliau telah menjadi wakil Agen bermula pada tahun 1994 sehingga sekarang.Mempunyai pengalaman yang sangat luas dan berpengetahuan yang tinggi dalam membawa rombongan jemaah ke Tanah Haram Makkah dan Madinah.Banyak program yang dijalankan oleh Demawardah telah dijayakan dengan sempurna dengan izin Allah Subahanawataala.
Untuk maklumat dan jadual program umrah dan ziarah bolehlah menghubungi Hj.Mokhtar bagi mendapatkan keterangan lanjut.Insyallah jadual program akan dimasukan didalam blog ini sedikt masa lagi untuk tatapan bakal jemaah yang ingin menyertai rombongan ini.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Selain membawa rombongan jemaah umrah dan ziarah ke tanah haram makkah dan madinah, Hj. Mokhtar juga menyediakan perkhidmatan seperti :

1. Upah Haji pada orang yang sudah meninggal dunia
    RM 2000 - Sijil upah haji akan akan diberi serta mendapat sumbangan dari Badal haji.

2. Upah Umrah
    RM 400 - Sijil upah umrah dari orang yang melaksanakannya.

3. Upah Tahlil
    RM 150

4. Khatam Quran
    RM 300

5. Dan Hajat-hajat yang lain

Tuesday, July 6, 2010

HOTEL-HOTEL DI MAKKAH DAN MADINAH

Antara yang menjadi pilihan untuk mengerjakan umrah dan ziarah mengikut sesuatu agensi adalah tempat menginap di makkah dan madinah.Ini menjadi satu perkara yang penting untuk dipilih oleh jemaah kerana perjalanan pergi dan balik diantara hotel dan masjidil Haram di makkah dan masjid Nabawi di madinah menjadi mudah dan senang dikunjung pada bila-bila masa yang dikehendaki. Jarak antara 50 meter hingga 300 meter antara hotel dan masjid menjadi pilihan. Di De Mawardah Travel & Tours Sdn.Bhd menyediakan kemudahan penginapan hotel yang memang berdekatan untuk para jemaah bagi memudahkan pergerakan untuk beribadah. Antara hotel -hotel yang selalu menjadi pilihan pihak kami ialah :

HOTEL - HOTEL DI MAKKAH

1. Al - Hijjaz - Jarak 100 meter
2. Fal Al - Saha - Jarak 300 meter

HOTEL - HOTEL DI MADINAH

1. Fayroz - Jarak 50 meter
2. Al - Daurat - Jarak 150 meter
3. Al - Haram - Jarak 200 meter
4. Baharuddin - Jarak 50 meter
5. Al - Zahrah - Jarak 200 meter
6. Safir Al - Saha - Jarak 200 meter

Dari segi Makanan dan Minuman di semua hotel ini menyediakan masakan ala - malaysia. Makan di sediakan 3 kali sehari dan untuk minuman disediakan 24 jam sehari.


Fayroz Hotel




PENERBANGAN YANG SELALU DIGUNAKAN

Untuk sampai ke Tanah Haram Makkah dan Madinah, Biasanya rombongan jemaah umrah dan ziarah dibawa menaiki penerbangan yang mempunyai kemudahan yang selesa dan bermutu. Ini kerana jarak perjalanan yang jauh (Penerbangan mengambil masa lebih kurang 11 jam) memerlukan keselesaan untuk mengatasi masalah kepenatan apabila sampai ke distinasi. Di sini kami menggunakan penerbangan seperti :

1. Royal Jordanian
2. Arab Saudi Airline
3. Egypt Airline
4. Bahrin Airline
5. Pakistan Airline
6. Singapore Airline
7. Malaysian Airline System (MAS)

Penerbangan yang diambil ini selalunya mengikut perjalanan umrah dan ziarah rombongan jemaah.


Royal Jordanian